Gambar saya... handsome tak?
Hot Potatoes
by Cikgu Zulkurnain@ZULBESTARI - Monday, 21 February 2011, 07:53 PM
 
Tahukah anda mengenai "Hot Potatoes".

"Hot Potatoes" ialah sejenis perisian yang dicipta untuk membina bahan pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan efektif. Perisian ini menyediakan beberapa perisian khusus untuk membina bahan seperti di bawah :

a. JCROSS - Latihan Teka Silang kata
b. JCLOZE - latihan isi tempat kosong
c. JQUIZ - Latihan Soalan Aneka Pilihan
d. JMIX - Latihan Menyusun Ayat
e. JMATCH - Latihan Memadan Ayat

Perisian "HOT POTATOES" boleh download sendiri di "http://hotpot.uvic.ca/"
Di sini juga saya turut sertakan panduan langkah-langkah penggunaan "Hot Potatoes"

Sebenarnya banyak dalam kalangan kita yang sudah tahu mengenai "Hot Potatoes" tetapi jarang mengaplikasikan penggunaannya di sekolah. Cikgu-cikgu sekalian boleh mencuba. Kita akan berasa puas kerana berjaya mencipta bahan P&P sendiri yang banyak manfaatnya. Pelajar-pelajar juga boleh membina latihan ulangkaji sendiri menggunakan perisian ini.